Monday, March 29, 2010

Menyusuri Sungai Nil ke Bawah Lembayung Kaabah

Flight ke Cairo melalui KLIA selama 9 jam 40 minit agak panjang. Keresahan, gelisah duduk dan jemu memandang dinding pesawat terubat juga apabila tiba dengan selamat. Kunjungan kali pertama tentulah penuh rasa tanda tanya - adakah indah negara Tutankhamun itu melebihi tanah tumpah airku?


Melangkah turun dari pesawat, berbangga sungguh dengan sesama rakan kerana adab, budilaku, sopannya berbanding cucu cicit Tutankhamun - berebut-rebut!. Itulah... hujan emas di negeri orang (walaupun tak merasa hujan langsung di lembah Nil itu) lebih baik hujan lebat di negeri sendiri. Rakan berbisik... patutlah ramai nabi dan rasul di kalangan bangsa itu. Berbanggalah menjadi rakyat Malaysia yang masih memelihara adat ketimuran walaupun pada masa kini mula tercalar...


Banyak dapat dipelajari selama dua malam di Cairo. Masyarakatnya, kota kosmopolitannya, budaya hidup mereka, perjuangan untuk hidup dan melihat anak Malaysia merantau di Lembah Nil itu untuk menuntut ilmu. Paling taklupa... tengah hari di Cairo sebelum penerbangan ke Madinah... nasi Hadralmaut... nasi beriyai dengan ayam setengah(separuh?) ekor! Yang lapar... tinggal tulanglah, yang perut kecik... bungkus (entah apa bahasa yang diguna kepada pak Arab tu... sehingga dapat bungkusan yang cantik)


Madinah; kota yang telah kutinggalkan tiga tahun lalu telah banyak berubah. Itulah Rahmat Allah. Tiga malam dengan bermula dengan ziarah masjid Nabawi, melihat perubahannya... ziarah luaran dan persiapan ke Mekah melalui Bir Ali.


Mekah - cahaya Masjidil Haram menggamit kami. Umrah pertama bermula pada pukul 10.00 malam. Pintu King Aziz menjadi pilihan, selepas berdoa ke arah Baitullah seolah-olah menggamit kedatangan bersama isteriku, air zam zam menjadi pilhan utama. Bermula dari sudut Hajar Aswad, Alhamdulillah tawaf umrah dapat disempurnakan. Selepas solat sunat dua rakaat, Bukit Safar dituju. Hampir 12.00 tengah malam, kami bertahallul di Bukit Marwah; Alhamdulillah kebesaranNya amat dirasai...


Tuesday, December 1, 2009

LANGKAH SEDERAP

Selamat Datang 2010;

1. Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area) melibatkan 6 teras;
  • Menurunkan Kadar Jenayah
  • Memerangi Rasuah
  • Meluaskan Akses Pendidikan Bermutu
  • Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat
  • Memperkasa Prasarana Luar Bandar
  • Menambahbaik Khidmat Pengangkutan Awam

2. Fokus SMK Telok Datok pada 2010

  1. Peningkatan Akademik (Kualiti, Kuantiti dan Proses Pengajaran)
  2. Penambahbaik Sistem Pentadbiran
  3. Mengukuhkan Pengurusan Hal Ehwal Murid
  4. Mengukuhkan Pengurusan Kokurikulum
  5. Urustadbir Kewangan yang Telus dan Berhemah
  6. Menambah Keceriaan, Kemudahan Fizikal dan Meningkatkan Suasana Persekitaran yang Kondusif
  7. Meluaskan peranan Bimbingan, Kaunseling dan Psikologi
  8. Memperkukuhkan Sektor Tingkatan 6
  9. Meningkatkan Kemudahan Asrama
  10. Memperteguh Hubungan Pembangunan Manusia
  11. Mempererat Hubungan Sekolah dengan Agensi Luar

3. Meluaskan Akses Pendidikan Bermutu

Langkah dan Tindakan yang akan dikongsi bersama warga SMK Telok Datok

  • Merangka Pelan Strategik Kurikulum 2011-2013
  • Meningkatkan Kemahiran Guru
  • Meluaskan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar terutama berbantukan ICT
  • Menyediakan Bilik-bilik Khas yang lebih kondusif untuk proses Pengajaran dan Pembelajaran
  • Menambahbaik Sistem Penilaian Dalaman
  • Meningkatkan kemahiran murid dari sudut Pembelajaran
  • Meningkatkan kerjasama dengan PIBG, Alumni dan badan lain dalam menambahbaik prasarana pembelajaran dan pembiayaan bagi kegiatan pendidikan

"Bulat Air Kerana Pembentung; Keterbilangan SMK Telok Datok kerana dedikasi dan kerjasama (team work) yang padu" . Jadilah kita warga sekolah tercinta ini yang disanjung tinggi kerana kegigihan, kemuliaan dan usaha yang tidak kenal titik nokhtah.

Thursday, August 27, 2009

Sedikit Ucapan

Saya ingin menasihati para pelajar tentang pentingnya budaya ilmu supaya dapat melahirkan individu yang berdaya fikir dan mampu bersaing dengan mewujudkan iklim persekolahan yang kondusif serta menggalakkan perkembangan potensi pelajar agar menjadi insan yang seimbang, positif dan berkeyakinan menghadapi cabaran. Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan STPM diharapkan pelajar-pelajar berusahalah dengan penuh ketekunan dan kesabaran agar kejayaan menjadi milik anda.

Akhir kata, saya mengucapakan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan berharap agar sekolah ini akan mencipta nama dan mencata sejarah setanding dengan sekolah-sekolah terkemuka di negara kita.

- Pengetua SMK Telok Datok -